Nak ILMU kenalah BELAJAR nak belajar kenalah BERGURU - BERGURU hanya pada yang TAHU ... Selamat Belajar!!!
KOMEN anda terhadap mana-mana BAHAN yang disiarkan boleh menambahkan kebolehan anda berbahasa ARAB...
Mudahnya...CARANYA: Komen sekadar mampu, tanya mana tak tahu itulah cara nak dapat ilmu.
SEMUA PENGUNJUNG DIBENARKAN MEMBERIKAN KOMEN PADA MANA-MANA ARTIKEL/BAHAN YANG TERDAPAT DALAM BLOG INI - TANPA PAYAH MENDAFTAR TERLEBIH DAHULU. Walau bagaimanapun terima kasih pada pengunjung yang sudi MENDAFTAR demi menjalin "Ukhuwah" yang lebih "Akrab".
Terima Kasih!
Ambuyat!

PANDUAN PENGGUNA - BACA INI DULU - PENTING

HOME - MUKA HADAPAN
INTRO-JBBA-AMBUYAT
TEKS RUJUKAN
TIPS BERGUNA - Mesti KLIK
JBBA-Bersama AMBUYAT-MUDAH
CUBA-TRY-TEST

UNTUK YANG INGIN MENCUBA
Kertas Kerja KIBAR
(Right CLICK and OPEN Link in New TAB/WINDOWS)

gif Pictures, Images and Photos

DENGAR BUNYI ENJIN KERETA DI ATAS
(Sila KAWAL volume speaker computer anda)
(Right KLIK and OPEN Link in New TAB/WINDOWS)
BUNYI SETERUSNYA DI SINI
MACAM-MACAM BUNYI..!!!.
(Dah puas MAIN...???... tu...laa sampai tak ingat BELAJAR)
Karikatir 3arab seminggu!!!
Al-3arabiyah.net

KELAS-JBBA-BERSAMA AMBUYAT-BACA-KOMEN

TATA BAHASA - CONTOH Baru..!!! حاجة جديدة
PELAJARAN - PERTAMA - M/S:1
PELAJARAN - KEDUA - M/S: 2
PELAJARAN - KETIGA - M/S: 3
atau.....
PILIH TAJUK YANG ANDA SUKA

DENGAN MENGKLIK DI SINI
---------------------------------------------------------------------------
ِANA SANGAT MENCADANGKAN YANG INI..
..Mesti CUBA... sungguh MUDAH dan menyeronokkan!!!
Learn Arabic for Free
(Ana dah TRY yg ni... memang BAGUSSS!!!)
Disahkan BAGUS oleh lever Brothers..hehehe!!
barulah betul2...serious nak belajar!
--------------------------------------------------------------------------
Forum Mari Belajar Bahasa Arab di:
1- TKO
2- TKOdialy
--------------------------------------------------------------------------
atau.....
DENGAN MENGHANTAR ULASAN atau ARTIKEL KE-

KLIK Terus di sini :

TERKINI DARI - JBBA - BERSAMA AMBUYAT


Yeux Pictures, Images and Photos
KOMEN ANDA : DENGAN MENGKLIK DI SINI اقرأ قبل التعليق
comment Pictures, Images and Photos

02 September 2009

JOM BELAJAR BAHASA ARAB - PRAKATA

JOM BELAJAR BAHASA ARAB - PRAKATA

MUQADDIMAH:

As-Salamu 3alaikum wara7matuLlahi wabarakatuh!!!

Al-7amdu liLlah, was-solatu was-Salamu 3ala RasuliLlahi wa-3ala alihi wa-asohabihi wa-man tabi3ahu wa-walah... amma ba3d!

Marilah kita sama-sama bersyukur kehadrat Allah SWT atas segala kurniaNYA kepada kita. Dalam usaha untuk memperlengkapkan diri sebagai seorang Muslim-Mukmin apatah lagi sebagai seorang Da3i maka sudah sewajarnya kita perlu sentiasa BERUSAHA untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan kita berkaitan agama Islam khasnya untuk amalan individu seterusnya untuk amalan bermasyarakat dan bernegara.

RASIONAL:

Menyebut mengenai ILMU ISLAM kita semua bersetuju bahawa tidak lengkap rasanya dengan hanya mempunyai kemampuan mentelaah buku-kitab dalam Bahasa Melayu atau Inggeris sahaja, melainkan dengan Bahasa kepada AGAMA ISLAM itu sendiri iaitu Bahasa Arablah yang lebih utama kita wajib pelajari. Apatah lagi golongan yang hanya rajin membaca dan kononnya untuk menjadi generasi al-Quran (baca TERJEMAHAN) tetapi tiada mempunyai dasar agama yang kukuh untuk memahami apatah lagi mentafsir al-Quran yang akhirnya SESAT kerana nafsu dan berguru dengan Syaitan laknatuLlahi 3alaih.

Kebanyakan cerdik pandai dari kalangan orang "3ajam" mendapat ilmu agama daripada teks terjemahan semata-mata, sedangkan untuk memahami al-Quran itu perlu kepada pelbagai ilmu yang mesti dipelajari demi untuk memahami isi sebenar al-Quran itu. Walaupun terdapat banyak ilmu yang berkaitan al-Quran itu telah sedia ada dan banyak dipasaran seperti Ilmu Tafsir yang telah diterjemahkan kebahasa ibunda kita, namun masih tetap ada BEZANYA bila membacanya dalam bahasa al-Quran itu sendiri.

Sukacita ana membuka ruang JOM BELAJAR BAHASA ARAB ini kepada semua pengunjung khasnya yang berminat untuk sama-sama belajar, berbincang dan bertukar-tukar fikiran mengenai Bahasa Arab yang juga mendapat jolokan Bahasa al-Quran dan Bahasa Ahli syurga ini. Apa yang mungkin kita dapat dari ruang ini ialah "Kemahiran Berkomunikasi" sahaja. Manakala yang selebihnya dari ilmu-ilmu berkaitan al-Quran seperti subjek-subjek 3ulumul-Quran, Tafsir, demikian juga 3ilmu-Balaqhah dan seumpamanya yang secara langsung berkait rapat dengan al-Quran itu sendiri akan datang menyusul dengan kegigihan kita dalam menambah ilmu. Untuk menambah ilmu itu sudah tentu "La budda" you must- belajar, dan belajar MESTI berguru.

Apabila kita kata belajar itu mesti berguru maka ruang JOM BELAJAR BAHASA ARAB ini hanyalah setakat ruang sembang-sembang atau ngobrol dalam usaha menambah kemahiran dalam berbahasa Arab... pun hanya melalui tulisan sahaja kerena kita tidak bisa mendengar suara...sekaligus tidak dapat mempastikan sebutan kita menepati bunyi sebutan yang sebenar... itulah makanya MESTI BERGURU....dan berguru itu pulak mesti bisa "Talaqqi" maksudnya sang guru bisa mendengar dan melihat murid yang menutur perkataan itu. Guru akan membetulkan kesilapan sebutan berdasarkan cara menyebut pada bibir/mulut dan hanya akan berpuas hati bila bunyi yang keluar dari mulut muridnya adalah menepati.

OBJEKTIF:

Oleh kerana ruang ini hanya berupaya memaparkan tulisan sahaja tanpa audio-visual maka kita hanya mensasarkan objektif berikut:-

1-Menambahkan bahan yang boleh dijadikan tambahan maklumat atau informasi terkini mengenai istilah dan sebagainya... oleh pengunjung dengan Copy & Paste atau memberikan link.

2- Keberanian mencuba dengan menulis sedaya mungkin sama ada dengan abjad rumi atau Arab.

3- Saling memanfaatkan ruang untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran khas mengenai B. Arab termasuk al-Quran.

4- Demi mencari "Keridhaan Allah".

PENUTUP:

Tuan-tuan dan puan-puan para pengunjung Blog ini... terima kasih atas sokongan anda semua. Dengan izin Allah SWT kini Ambuyat ditingkatkan sedikit lagi dalam menyalurkan sumbangan ilmu yang sedikit ini untuk kita manfaatkan bersama. Tanpa sokongan tuan-puan usaha murni ini tidakakan sampai ke mana. Namun jika tuan-tuan bersungguh-sungguh untuk sama-sama memajukan B. Arab ini maka inilah dia ruang yang dicari-cari dan dinanti-nanti oleh para PENGAMAL B. Arab khasnya dan kepada PENGGEMAR serta PEMINAT Bahasa Syurga ini amnya.

Kalau antum merasa ruang ini benar-benar perlu dikembang-luaskan maka silalah sibarkan kepada sekelian handai taulan supaya sama-sama menyumbang dan berkongsi pahit manis dalam usaha kita mempelajari Bahasa al-Quran ini. Mudah-mudahan amal kita yang sedikit ini diterima Allah SWT sebagai amal jariah dari ilmu yang bermanfat.

Minima masa Maksima usaha.... semoga berjaya.

WaLlahu Waliyul-Musta3an!


Al-7aqir wal-faqir... akhukum fiLlah!

Ambuyat.

09 Ramadhan 1430/30 Ogos 2009

4 ulasan:

  1. Maaf ana belum jumpa KAEDAH BELAJAR BAHASA ARAB ini dalam Bahasa Malaysia... jadi kita manfaatkan apa yang ada dahulu.. sambil kita cuba selami dengan tenang... mungkin ada rakan-rakan kita yang telah terjumpa KAEDAH seumpama ini dalam Bahasa Melayu... bolehlah BERIKAN LINK....nya untuk kita bawa ke mari dan dimanfaatkan bersama...

    Antara Bahasa Malaysia dan Indonesia tidak jauh berbeza... dan mustahil ada di kalangan kita tak faham langsung...

    Semoga ana akan dapat mengemaskini blog ini... sehingga selesai keseluruhan TEKS UTAMA kita di bawa dalam bentuk yang ada sekarang dari PELAJARAN PERTAMA dan seterusnya... supaya kalau ada yang ingin memberikan KOMEN dapat memilih TAJUK yang sesuai..

    Selamat menjalani ibadah PUASA.... (yg kr-11 hari ni - 10-09-09)

    Ambuyat!

    BalasPadam
  2. Ana percaya sudah RAMAI pengunjung Blog Keluarga Ambuyat El-Binangkit yang perasaan dengan Blog JBBA Bersama Ambuyat ini.... tapi masih belum berani KOMEN apa-apa..... mungkin kerana TERPAKSA DAFTAR...keahalian baru dapat komen... tu yg mungkin menangguhkan niat untuk menyatakan sesuatu itu jadi tertangguh. Sebenarnya kalau ikut tak payah susah-susah Login atau Register.... terus jer.. tapi kemudahan itu tiada disediakan untuk dipilih dalam ruang Laman.webs.com ni... namun biarlah... mungkin ada hikmahnya!! Hanya orang-orang yang ingin benar-benar Belajar/Berbincang sahaja yang akan berusaha masuk... jadi kita dapat menjauhkan dari sesuatu yang kurang manfaat...

    Apa-apapun Laman-JBBA ini adalah kepunyaan kita bersama maka sudah tentu kita mahu melakukan yang terbaik, kerana mungkin ketika kita TELAH TIADA dan laman ini masih beroperasi dan dapat membantu mereka yang memerlukan.... dan akan sentiasa update sepanjang masa oleh orang-orang yang bertanggung-jawab....

    Moga jumpa lagi.....

    Ambuyat!

    BalasPadam
  3. Ana terlupa nak beritahu mengenai beberapa nombor yang dimasukkan kedalam kalimah atau perkatan yang berasal dari bahasa Arab- di mana arab sering menggunakan simbol-simbol ini khas membezakan BUNYI . Untuk keterangan seperti berikut:

    1- No:2 adalah ganti kepada huruf "Hamzah" sebagai contoh: Al-Liwa2 kita tidak tulis 'LIWAK" atau "LIWA" atau ada tambah (') diakhir kalimah seperti (Doa').
    2- No:3 adalah ganti kepada huruf "Ain-3ain" jadi kita tidak tulis - Nikmat- tapi Ni3mat demikian perkataan "Maklumat" kita tulis "Ma3lumat"...sekadar contoh.
    3- No:7- digunakan untuk membizakan antara "7a-lepas JIM" - dan "kha-lepas-7a" dengan "Ha-Dhamir"..contohnya kalimah- Al-7amdu liLlah... Mu7ibbah....

    WaLlahu a3lam!

    BalasPadam
  4. Sila KLIK link yang diberi untuk INFO selanjutnya....

    BalasPadam

Komen anda